Nota Penting!
Kami menggunakan kuki untuk memastikan anda mendapat pengalaman terbaik di laman web kami.
Dengan mengklik ‘Setuju,’ anda menerima penggunaan kuki oleh kami seperti yang digariskan dalam dasar kuki
Satu siri peristiwa ekonomi berimpak tinggi minggu ini berpotensi menyuntik ketidakstabilan baharu ke dalam pasaran, terutamanya dari AS, New Zealand, Australia, Switzerland, dan United Kingdom. Dengan keputusan bank pusat, data pasaran buruh, dan pengeluaran KDNK dalam jadual, peniaga bersiap sedia untuk petunjuk arah merentasi pelbagai kelas aset. Sementara itu, EURJPY telah menarik perhatian susulan pemulihan teknikal yang kukuh, disokong oleh momentum menaik dan corak pembalikan aliran utama. Dari sudut asas yang lebih luas kekal menjadi tumpuan, susulan amaran daripada ECB dan data perdagangan baharu dari Jepun menggariskan risiko berterusan yang terikat dengan tarif global dan permintaan yang perlahan.
Rabu 09:00 pagi (GMT+3) – UK: IHP t/t (GBP)
Rabu 15:30 (GMT+3) – AS: Tuntutan Pengangguran (USD)
Rabu 21:00 (GMT+3) – AS: Kadar Dana Persekutuan (USD)
Khamis 01:45 pagi (GMT+3) – New Zealand: KDNK s/s (NZD)
Khamis 04:30 pagi (GMT+3) – Australia: Perubahan Pekerjaan (AUD)
Khamis 10:30 pagi (GMT+3) – Switzerland: Kadar Dasar SNB (CHF)
Khamis 14:00 (GMT+3) – UK: Kadar Bank Rasmi (GBP)
Jumaat 09:00 pagi (GMT+3) – UK: Jualan Runcit b/b (GBP)
Sejak mencecah paras terendah pada 154.783—tahap paling rendah yang dicatatkan pada 2025—EURJPY telah mengubah haluan dengan mencatatkan pemulihan melebihi 8% dari dasar ke puncak. Titik perubahan awal disahkann oleh corak ayunan bukan kegagalan klasik: aksi harga menembusi paras terendah sebelumnya tetapi kemudiannya melonjak melepasi paras puncak terdahulu pada 161.180, dengan berkesan membatalkan aliran menurun dan memberi isyarat peringkat permulaan fasa kenaikan yang lebih kukuh.
Pembalikan aliran ini diperkukuhkan lagi dengan pembentukan “Golden Cross,” apabila Purata Pergerakan Eksponen (EMA) 20-tempoh melintasi di atas EMA 50-tempoh, satu isyarat yang meluas digunakan untuk mengenal pasti perubahan arah aliran dalam jangka sederhana. Penunjuk teknikal terus menyokong naratif menaik—momentum kekal di atas paras 100, manakala Indeks Kekuatan Relatif (RSI) kekal melebihi paras 50, kedua-duanya mencadangkan minat membeli yang berterusan dan tekanan menaik.
Sekiranya pembeli mengekalkan kawalan pasaran, peniaga mungkin mengalihkan perhatian mereka kepada empat paras rintangan berpotensi berikut:
167.604: Paras rintangan pertama dikenal pasti pada 167.604, yang sejajar dengan tinggi harian yang dicatatkan pada 17 Jun.
169.419: Sasaran harga kedua ditetapkan pada 169.419, mewakili rintangan mingguan, R3, yang dianggarkan menggunakan metodologi Titik Pangsi standard.
171.886: Sasaran harga ketiga ditetapkan pada 171.886, mewakili Lanjutan Fibonacci 261.8% yang dilukis dari 165.202 ke 161.071.
178.570: Objektif harga tambahan dianggarkan pada 178.570, mencerminkan Sambungan Fibonacci 423.6% yang dilukis dari 165.202 ke 161.071.
Sekiranya penjual mengambil kawalan pasaran, peniaga mungkin memfokuskan kepada empat paras sokongan utama berikut:
165.202: Paras sokongan awal dilihat pada 165.202, mewakili tinggi ayunan dari 13 Mei.
162.870: Paras sokongan kedua diletakkan pada 162.870, sejajar dengan sokongan mingguan, S3, yang dianggarkan menggunakan metodologi Titik Pangsi standard.
161.071: Sasaran menurun ketiga dicatatkan pada 161.071, sepadan dengan titik rendah yang dicatatkan pada 23 Mei.
158.206: Sasaran menurun tambahan diperhatikan pada 158.206, mencerminkan rendah harian yang ditetapkan pada 7 April.
Bank Pusat Eropah (ECB) telah memberi amaran bahawa peningkatan tarif AS boleh memperlahankan pertumbuhan Zon Euro dan menekan inflasi selama bertahun-tahun. Naib Presiden ECB Luis de Guindos menekankan bahawa walaupun inflasi mungkin turun sementara kepada 1.4% menjelang awal 2026, pertumbuhan gaji yang kukuh dan pasaran buruh yang ketat sepatutnya menstabilkan tekanan harga. Walaupun euro mengukuh dan harga minyak jatuh, ECB melihat risiko inflasi sebagai seimbang dan telah menghentikan sementara pemotongan kadar selanjutnya. De Guindos menolak kebimbangan mengenai peningkatan nilai euro dan menegaskan semula dominasi dolar AS dalam pasaran global.
Sebaliknya, eksport Jepun jatuh 1.7% pada Mei, didorong oleh penurunan hampir 25% dalam penghantaran kenderaan ke AS di tengah tarif yang lebih tinggi yang dikenakan oleh Presiden Trump. Import juga merosot 7.7%, menunjukkan permintaan domestik yang lemah. Defisit perdagangan mencecah ¥637.6 bilion ($4.4 bilion). Walaupun perbincangan di sidang kemuncak G7, Jepun dan AS gagal mencapai perjanjian mengenai tarif. Perdana Menteri Shigeru Ishiba menyerlahkan peranan Jepun sebagai sekutu utama AS dan menekankan sumbangan ekonomi syarikat automotif Jepun yang beroperasi di Amerika Utara.
Semasa pasaran menavigasi minggu yang penuh dengan data berimpak tinggi dan keputusan bank pusat, peniaga harus kekal berwaspada di tengah dinamik makroekonomi yang berubah. Kekuatan teknikal dalam EURJPY memebri sokongan kepada prospek kenaikan, namun risiko yang lebih luas—termasuk ketegangan perdagangan yang belum diselesaikan hingga kelembapan permintaan global —terus membebani sentimen. Dengan hala tuju dasar monetari dan penunjuk ekonomi yang berbeza merentasi rantau, pergerakan harga dijangka kekal bergantung kepada data dan sensifit terhadap perkembangan geopolitik semasa.