Pengehosan VPS

Tingkatkan dagangan anda dengan akses 24/7 kepada pelayan berkelajuan-tinggi
dan pastikan EA anda berjalan di luar talian!

*T&S Dikenakan

Apakah Pengehosan VPS?

VPS (Pelayan Peribadi Maya) ialah pelayan berkelajuan tinggi
dan selamat yang membenarkan dagangan sepanjang masa
di terminal MetaTrader – walaupun semasa anda berada di luar talian.

Ia menjalankan sistem pengendaliannya sendiri dan bertindak sebagai
pautan kekal yang menghubungkan terminal pedagang anda ke rangkaian yang lebih luas.

Menggunakan VPS membantu menghapuskan masa henti dan memastikan ketenangan fikiran dengan melindungi daripada masalah sambungan, kehilangan kuasa atau kegagalan perkakasan.

Mengapa anda akan menyukai VPS kami

  • Stabil dan Dipercayai
  • Kelajuan Optimum
  • Perdagangan 24/7

Nikmati perdagangan tanpa gangguan pada pelayan yang selamat dan terjamin yang menjamin ketersambungan dan berfungsi dengan lancar bersama sistem pengendalian lain.

Buka dagangan pada kelajuan secepat kilat, dengan berkesan meminimumkan latensi pelaksanaan pesanan kepada hampir-sifar pada VPS MT5 / MT4 khusus kami.

Anda juga boleh memastikan EA anda berjalan, walaupun semasa PC anda dimatikan, kerana VPS percuma kami beroperasi 24/7 di latar belakang, 100% tanpa-kerumitan.

Spesifikasi VPS MetaTrader

MT5

3 GB RAM/1 vCPU

Ruang Cakera 16 GB

Diintegrasikan sepenuhnya ke dalam Terminal MT5

MT4

2GB RAM / 2vCPU

Ruang Cakera 60GB

Boleh menghoskan sehingga 3 terminal pelanggan

Dapatkan VPS anda secara percuma

Anda kini boleh mendapatkan akses kepada MetaTrader VPS kami, percuma sepenuhnya!
Anda boleh memohon penajaan dengan mana-mana jenis akaun. Hanya penuhi dan kekalkan syarat untuk layak!

Ekuiti Akaun Permulaan Minimum

$3,000 (atau bersamaan dengan mata wang akaun)

Jumlah Dagangan Bulanan Minimum:

5 GTLot*

*Ketahui lebih lanjut mengenai apakah GTLot di sini

Bagaimana untuk menyertai Program Penajaan VPS FXGT.com

1

Isi borang di bawah

2

Kami akan mengesahkan kelayakan dan pendaftaran anda

3

Ikuti panduan langkah-demi-langkah untuk menyediakan VPS anda

4

Anda sudah bersedia!

Untuk menyertai Program Penajaan VPS kami, sila isi borang di bawah

Sila isi ruangan ini.
Sila isi ruangan ini.
Sila isi ruangan ini.
Sila pilih platform dagangan
Sila isi akaun dagangan anda
Sila isi ruangan ini.

Tekan + untuk menambah lebih akaun Perdagangan

Frequently Asked Questions

Kami akan menaja pengguna berdaftar dengan akaun dagangan Mini, Standard+, PRO dan ECN, yang:

 

  1.  Memenuhi ekuiti akaun dagangan minimum sebanyak $3,000; dan
  2. Mengekalkan jumlah dagangan bulanan sebanyak minimum 5 GTLot

Kami mungkin menghubungi anda secara langsung untuk memaklumkan mengenai kelayakan anda. Walau bagaimanapun, jika anda memenuhi keperluan dan komited untuk mengekalkan sebanyak minimum 5 GTLot dagangan setiap bulan, anda boleh hubungi kami untuk pengesahan.

Tiada. Kami akan menanggung semua perbelanjaan VPS bulanan anda selagi anda mengekalkan keperluan penajaan bulanan.

Sila isi dan serahkan borang permohonan pada halaman Penajaan VPS untuk mendaftar Program Penajaan VPS.

Ya, anda boleh memohon, dan diberikan Penajaan VPS untuk lebih daripada satu akaun FXGT.com anda, selagi mana akaun masing-masing memenuhi keperluan penajaan bulanan.

Untuk mendayakan MT4 VPS anda, sila ikuti panduan PDF kami di mana anda akan menemui arahan langkah-demi-langkah tentang cara mendayakan VPS pada Terminal MT4 anda.

 

Sebelum mengikuti panduan, sila pastikan bahawa anda telah menerima e-mel yang mengesahkan pendaftaran anda berjaya untuk Penajaan VPS daripada FXGT.com. Pengesahan e-mel anda mengandungi kelayakan yang diperlukan untuk menyediakan VPS.

 

Jika anda belum menerima pengesahan e-mel daripada kami, anda tidak akan dapat mencari dan mendayakan VPS anda melalui arahan dalam panduan.

Untuk mendayakan MT5 VPS anda, sila ikuti panduan PDF  kami di mana anda akan menemui arahan langkah-demi-langkah tentang cara mendayakan VPS pada Terminal MT5 anda.

 

Sebelum mengikuti panduan, sila pastikan bahawa anda telah menerima e-mel yang mengesahkan pendaftaran anda berjaya untuk Penajaan VPS daripada FXGT.com.

Sekiranya keperluan bulanan untuk penajaan tidak dikekalkan, maka perkhidmatan tersebut akan dialih keluar secara automatik sehingga diberitahu kelak.

MetaTrader VPS tersedia secara eksklusif pada Desktop. Anda boleh mendapatkan arahan penuh tentang cara untuk bermula dalam panduan PDF kami.

GTLot ialah unit inovatif, direka khas oleh FXGT.com untuk mengukur dan menanda aras volum dagangan Akaun Dagangan Langsung pelanggan merentasi semua instrumen CFD dan kelas aset. GTLot dicipta dengan tujuan untuk menyatukan kepelbagaian saiz kontrak, denominasi dan nilai nominal semua instrumen CFD yang tersedia, termasuk Kripto, untuk menjadi unit piawai tunggal.

 

Ia berfungsi dengan menukar volum dagangan keseluruhan akaun kepada USD dan dengan memiawaikan 1 GTLot yang bersamaan dengan 100,000 USD volum dagangan.

Penafian Risiko: Perkhidmatan VPS disediakan oleh pihak ketiga. Pihak ketiga ini tidak dimiliki, dikawal atau dikendalikan oleh FXGT.com. Oleh itu, FXGT.com tidak membuat sebarang jaminan berkenaan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga ini.

To top

Produk berleveraj mungkin tidak sesuai untuk semua dan boleh mengakibatkan kehilangan semua modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan sama ada dagangan sesuai untuk anda. Baca Pendedahan Risiko Penuh di sini.