Halaman / Blog / Kategori / Analisis Fundamental / Peningkatan Jumlah Pengangguran dan Peningkatan Gaji yang Berterusan Merumitkan Keputusan Bank of England
14 Mei 2024 | FXGT.com

Peningkatan Jumlah Pengangguran dan Peningkatan Gaji yang Berterusan Merumitkan Keputusan Bank of England

  • Kadar Pengangguran: Kadar pengangguran di UK menunjukkan sedikit peningkatan kepada 4.3% bagi tiga bulan berakhir pada bulan Mac, selaras dengan jangkaan pasaran, angka ini meningkat daripada sebelumnya iaitu sebanyak 4.2%.
  • Perubahan Pekerjaan: Angka pekerjaan untuk bulan Mac menunjukkan penurunan yang menggambarkan keadaan pasaran buruh yang semakin lemah. Data April turut mengesahkan trend negatif berterusan dalam mewujudkan pekerjaan, walaupun semakan ke atas angka pada bulan Mac menunjukkan peningkatan.
  • Peningkatan Gaji: Walaupun pasaran buruh semakin lemah, tekanan gaji masih berterusan. Purata pendapatan mingguan, termasuk dan tidak termasuk bonus, melebihi jangkaan dan menunjukkan peningkatan tahun demi tahun, menunjukkan bahawa inflasi gaji masih menjadi kebimbangan.
  • Reaksi Pasaran: Data pasaran buruh tidak memberi kesan yang ketara terhadap kadar pertukaran GBP/USD, yang kekal stabil di sekitar $1.2550 selepas pengumuman dibuat. Konsistensi dalam pertumbuhan gaji di sebalik peningkatan kadar pengangguran yang meningkat memberi isyarat yang tidak menentu, yang berpotensi merumitkan prospek dasar monetari Bank of England.
  • Impak Terhadap Dasar Monetari: Data pasaran buruh terkini membentangkan isyarat bercampur bagi Bank of England (BOE), lantas merumitkan proses membuat keputusan berkaitan kadar faedah. Walaupun pasaran buruh yang semakin lemah mungkin menggalakkan pendekatan yang lebih akomodatif, pertumbuhan gaji yang berterusan boleh memberi tekanan kepada BOE untuk mengekalkan atau meningkatkan kadar faedah untuk menguruskan risiko inflasi.
  • Tumpuan Beraih ke Data AS: Tumpuan kini beralih kepada Indeks Harga Pengeluar (PPI) AS yang akan dikeluarkan hari ini. Terdapat kebarangkalian untuk data ini menunjukkan angka yang lebih tinggi daripada jangkaan, yang boleh mengukuhkan USD. Selain itu, ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell pada petang ini boleh memberi impak yang signifikan terhadap dinamik pasaran. Kedua-dua peristiwa ini dijangka akan mempengaruhi trajektori jangka pendek bagi GBPUSD dan sentimen pasaran yang lebih luas.
Bantu kami memperbaiki artikel ini.
Penafian: Sebarang bahan dan maklumat yang disertakan di sini adalah bertujuan untuk tujuan pemasaran umum sahaja dan tidak membentuk nasihat atau syor pelaburan mahupun jemputan untuk memperoleh sebarang instrumen kewangan dan/atau terlibat dalam sebarang urus niaga kewangan. Pelabur bertanggungjawab sepenuhnya terhadap risiko keputusan pelaburannya dan jika difikirkan sesuai, pelabur harus mendapatkan nasihat profesional bebas yang berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan. Analisis dan ulasan yang dibentangkan tidak termasuk sebarang pertimbangan tentang objektif pelaburan peribadi anda, keadaan kewangan atau keperluan. Sila baca Penafian Penyelidikan Pelaburan Bukan Bebas penuh di sini. Pendedahan Risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan membawa tahap risiko kehilangan wang yang tinggi. Baca Pendedahan Risiko penuh di sini .

Blog Search

Kategori

Blog Categories

Tag

Blog Tags

Register and Share Buttons MS

Daftar

Suka artikel terbaru kami?

Kongsikan dengan rakan dan pengikut anda!

Disalin ke papan keratan.
To top

Nota Penting!

Kami menggunakan kuki untuk memastikan anda mendapat pengalaman terbaik di laman web kami.

Dengan mengklik ‘Setuju,’ anda menerima penggunaan kuki oleh kami seperti yang digariskan dalam dasar kuki kami, dan mengesahkan bahawa anda bukan pemastautin EU atau UK selaras dengan dasar kami untuk tidak menawarkan perkhidmatan kewangan kepada wilayah tersebut.

Produk berleveraj mungkin tidak sesuai untuk semua dan boleh mengakibatkan kehilangan semua modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan sama ada dagangan sesuai untuk anda. Baca Pendedahan Risiko Penuh di sini.