Nota Penting!
Kami menggunakan kuki untuk memastikan anda mendapat pengalaman terbaik di laman web kami.
Dengan mengklik ‘Setuju,’ anda menerima penggunaan kuki oleh kami seperti yang digariskan dalam dasar kuki
Prestasi Terkini: Harga emas telah meningkat sebanyak 2.60% sejak awal bulan Mei dan 13% sejak awal tahun ini, mengekalkan momentum kenaikkan melebihi purata bergerak utama dalam pelbagai rangka masa. Walau bagaimanapun, pasaran masih kekal berhati-hati memandangkan pelabur masih menunggu dan melihat sebelum membuat pelaburan yang besar. Langkah berjaga-jaga ini didorong oleh kebimbangan menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengeluar (PPI) AS pada hari ini dan laporan Indeks Harga Pengguna (CPI) yang akan dibuat pada hari esok.
Paras Sokongan Utama: Gelombang korektif terkini pada carta harian yang bermula sejak pertengahan April telah menunjukkan sokongan yang kukuh di atas paras $2,280, paras ini bertepatan dengan sempadan atas saluran purata bergerak eksponen (EMA) 45 hari yang ditunjukkan pada carta harian. Sokongan ini penting untuk mengekalkan trend bullish yang sedang berlaku. Selain itu, carta 4 jam menunjukkan pola pembalikan bullish dan pergerakan harga mengatasi purata bergerak utama.
Petunjuk Momentum: Koreksi terkini sejak pertengahan April telah menormalisasi petunjuk momentum jangka masa yang lebih tinggi, yang sebelum ini menunjukkan keadaan terlebih beli yang berpanjangan. Penetapan semula ini memberikan ruang bagi potensi pergerakan kenaikan semasa.
Paras Penerusan Trend: Pasaran sedang menguji paras sokongan intraday pada $2,335, dengan harapan untuk melonjakkan semula momentum bullish. Rintangan jangka pendek pula terletak pada $2,350. Kejayaan mengatasi paras rintangan boleh mempercepatkan momentum dan mendorong pelabur optimis untuk menetapkan sasaran baharu pada paras tertinggi terkini iaitu $2,380 dan mungkin menguji semula paras tertinggi sepanjang masa pada $2,430.
Paras Pembalikan: Trend bullish jangka pendek kini disokong pada paras $2,335. Sekiranya harga gagal untuk mengekalkan paras ini, ia boleh menjadi isyarat pembalikan trend kepada bearish dalam jangka pendek. Pergerakan harga ini akan membawa kembali ke julat minggu lepas, sekali gus meningkatkan kemungkinan untuk menguji semula tahap sokongan harian jangka panjang pada $2,280. Walaupun trend harian masih lagi bullish kekal di atas $2,280, penembusan di bawah paras ini boleh memberikan impak yang signifikan terhadap prospek jangka sederhana menjadi bearish dan mengakibatkan penurunan harga yang berpanjangan.
Data Ekonomi AS Akan Datang: Data inflasi AS yang akan dikeluarkan minggu ini berpotensi memberi kesan signifikan kepada keputusan dasar Rizab Persekutuan. Penurunan dalam inflasi boleh mencetuskan jangkaan pengurangan kadar faedah seawal September, yang akan melonjakkan harga emas. Sebaliknya, inflasi yang melebihi jangkaan boleh mempengaruhi hala tuju emas ke dalam fasa konsolidasi, dapat menarik perhatian kepada tahap sokongan terkini.
Carta 4 Jam Bagi Emas