Nota Penting!
Kami menggunakan kuki untuk memastikan anda mendapat pengalaman terbaik di laman web kami.
Dengan mengklik ‘Setuju,’ anda menerima penggunaan kuki oleh kami seperti yang digariskan dalam dasar kuki
Menjelang hujung minggu, pasaran kekal fokus kepada perkembangan makroekonomi utama di tengah-tengah volum dagangan AS yang rendah disebabkan cuti bank Hari Kemerdekaan pada hari Jumaat. Semua mata tertumpu kepada ucapan Presiden ECB Christine Lagarde pada petang Jumaat, yang mungkin memberikan petunjuk baharu mengenai pendirian dasar bank pusat ketika pegawai-pegawai semakin bimbang tentang pengukuhan euro yang berlaku dengan pantas.
Sementara itu, pertumbuhan pekerjaan AS yang kukuh pada bulan Jun mengukuhkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan akan mengekalkan kadar faedah dalam tempoh terdekat, walaupun terdapat kebimbangan berterusan mengenai inflasi yang didorong oleh tarif. Dinamik ini membantu membentuk trajektori EURUSD, yang terus menunjukkan momentum teknikal kenaikkan sambil memberikan isyarat awal kemungkinan keletihan trend.
Jumaat Sepanjang Hari – AS: Cuti Bank (USD)
Jumaat 21:00 (GMT+3) – Eropah: Presiden ECB Lagarde Berucap (EUR)

Selepas pemulihan daripada Purata Pergerakan Eksponen (EMA) 50 tempoh pada paras terendah 13 Januari iaitu 1.10646, EURUSD telah mengekalkan trajektori menaik yang stabil, disokong oleh pemacu teknikal dan fundamental. Pergerakan harga kekal selesa di atas EMA 20 dan 50 tempoh, dengan kedua-dua purata menunjukkan arah aliran yang lebih tinggi, menunjukkan momentum kenaikkan yang berterusan.
Penunjuk momentum mengukuhkan pandangan ini: Penunjuk Momentum kekal di atas tanda 100, dan Indeks Kekuatan Relatif (RSI) berada di atas garisan 50, kedua-duanya konsisten dengan aliran menaik yang semakin kukuh. Walau bagaimanapun, perbezaan negatif yang berkembang antara Penunjuk Momentum dan pergerakkan harga memperkenalkan elemen berhati-hati, berpotensi menandakan fasa penyatuan atau penarikan balik jangka pendek.
Namun begitu, penembusan yang menentukan di atas paras rintangan utama pada 1.18290 berkemungkinan besar akan membuka ruang untuk kenaikan selanjutnya.
Sekiranya pembeli terus menguasai pasaran, pedagang boleh menumpukan tumpuan kepada empat paras rintangan berpotensi di bawah:
1.18290: Paras rintangan awal ditetapkan pada 1.18290, yang mencerminkan paras tertinggi harian yang dicatatkan pada 1 Julai.
1.19402: Sasaran harga kedua ditetapkan pada 1.19402, menggambarkan rintangan mingguan, R1, yang dikira menggunakan metodologi Pivot Points standard.
1.21144: Objektif harga ketiga diperhatikan pada 1.21144.
1.22286: Sasaran kenaikan tambahan diunjurkan pada 1.22286, mencerminkan Lanjutan Fibonacci 423.6% yang diukur dari 1.16303 kepada 1.14454.
Sekiranya penjual terus menguasai pasaran, pedagang boleh mempertimbangkan empat paras sokongan berpotensi yang disenaraikan di bawah:
1.16303: Paras sokongan awal dilihat pada 1.16303, sepadan dengan paras tertinggi ayunan yang dicatatkan pada 12 Jun.
1.14454: Paras sokongan kedua dianggarkan pada 1.14454, mewakili paras terendah ayunan yang dicatatkan pada 19 Jun.
1.13390: Paras sokongan ketiga dikenal pasti pada 1.13390, menggambarkan sokongan mingguan, S2, yang dianggarkan menggunakan metodologi Pivot Points standard.
1.10646: Sasaran penurunan tambahan ialah 1.10646, mencerminkan titik terendah dari 12 Mei.
Majikan AS menambah seramai 147,000 pekerjaan pada bulan Jun, menunjukkan pasaran buruh kekal kukuh walaupun ekonomi mula perlahan. Angka ini melebihi jangkaan, dan kadar pengangguran menurun kepada 4.1 peratus, paras terendah sejak Februari.
Kebanyakan pekerjaan baharu datang dari pendidikan kerajaan negeri dan tempatan, manakala pekerjaan persekutuan terus mencatat penurunan akibat pemotongan secara besar-besaran. Penjagaan kesihatan pula menambah seramai 39,000 pekerjaan.
Pakar berpandangan bahawa laporan kukuh ini memberi lebih banyak alasan keapda Rizab Persekutuan untuk menangguhkan pemotongan kadar faedah buat masa ini. Walau bagaimanapun, dengan kebimbangan inflasi yang terikat dengan tarif, ahli ekonomi menjangkakan pemotongan kadar berkemungkinan berlaku menjelang akhir tahun ini.
Di seberang Atlantik, pegawai Bank Pusat Eropah (ECB) semakin bimbang bahawa dengan kadar pengukuhan euro yang terlalu pantas. Mata wang itu telah melonjak 14% berbanding dolar setakat tahun ini, mencapai paras tertinggi dalam hampir tempoh empat tahun. Walaupun euro yang kukuh membantu meredakan inflasi dengan menjadikan import lebih murah, ia juga menjejaskan eksport dan pertumbuhan ekonomi, terutamanya ketika Eropah menghadapi ketegangan perdagangan dengan AS.
Beberapa bank pusat memberi amaran bahawa jika euro terus meningkat, ECB mungkin perlu mengambil tindakan, mungkin dengan memotong kadar faedah. Walau bagaimanapun, sebarang langkah untuk mempengaruhi kadar pertukaran secara langsung boleh membawa kesan buruk dan berisiko mencetuskan perang mata wang. Presiden ECB Christine Lagarde menyatakan ketidakpercayaan pelabur yang semakin meningkat terhadap dolar AS tetapi tidak mengumumkan sebarang perubahan dasar dalam masa terdekat.
Kebimbangan utama ialah pengukuhan euro yang terlalu pantas boleh menyebabkan inflasi jatuh di bawah sasaran ECB dan melemahkan lagi ekonomi Eropah yang sudah rapuh.
Menjelang penutupan minggu dagangan, EURUSD kekal menjadi tumpuan utama, menavigasi antara pasaran buruh AS yang masih kukuh dan kebimbangan yang semakin meningkat dalam ECB terhadap kenaikan pesat euro. Secara teknikal, pasangan ini terus didagangkan dengan kecenderungan menaik, walaupun isyarat momentum menunjukkan kepada kemungkinan keletihan jangka terdekat. Dengan keadaan dagangan yang suram di AS pada hari Jumaat dan ucapan Presiden ECB Lagarde yang akan datang, pasaran mungkin kekal dalam julat sehingga pemangkin baharu muncul. Pedagang harus kekal berjaga-jaga terhadap sebarang isyarat dasar dari Eropah dan perubahan dalam sentimen yang terikat dengan inflasi AS dan ketegangan perdagangan, yang boleh mempengaruhi pergerakan arah seterusnya.