Nota Penting!
Kami menggunakan kuki untuk memastikan anda mendapat pengalaman terbaik di laman web kami.
Dengan mengklik ‘Setuju,’ anda menerima penggunaan kuki oleh kami seperti yang digariskan dalam dasar kuki
Pelabur memasuki separuh kedua minggu ini menghadapi peningkatan ketidaktentuan, didorong oleh ketegangan perdagangan yang meningkat dan kalendar ekonomi yang padat. Pengumuman mengejutk Presiden Trump mengenai tarif menyeluruh telah menggoncang pasaran global, meningkatkan kebimbangan perang perdagangan dan menambah tekanan penurunan pada aset berisiko. Sementara S&P 500 terus menunjukkan trend menurun, tahap teknikal utama sedang diteliti dalam landskap makro yang rapuh.
Peristiwa ekonomi berimpak tinggi minggu ini—termasuk Laporan Gaji Bukan Pertanian AS, ISM Perkhidmatan PMI, dan tuntutan pengangguran—akan menjadi tumpuan untuk menilai ketahanan pasaran buruh dan momentum ekonomi secara menyeluruh. IHP Switzerland dan data pekerjaan Kanada juga menambah kepada faktor fundametal, berpotensi mempengaruhi aliran pasaran mata wang dan ekuiti.
Dengan S&P 500 didagangkan di bawah purata pergerakan utama dan penunjuk momentum yang menunjukkan tanda amaran, pedagang harus kekal berwaspada terhadap kedua-dua ketidaktentuan yang didorong oleh faktor makro dan titik perubahan teknikal.
Khamis 09:30 pagi (GMT+3) – Switzerland: IHP b/b (CHF)
Khamis 15:30 (GMT+3) – AS: Tuntutan Pengangguran (USD)
Khamis 17:00 (GMT+3) – AS: ISM Perkhidmatan PMI (USD)
Jumaat 15:30 (GMT+3) – Kanada: Perubahan Pekerjaan (CAD)
Jumaat 15:30 (GMT+3) – AS: Perubahan Pekerjaan Bukan Pertanian (USD)
Indeks S&P 500 kekal dalam aliran menurun yang jelas sejak mencapai puncak iaitu 6149.50 pada 19 Februari, dicirikan oleh urutan paras tertinggi dan paras terendah yang semakin rendah—tanda momentum menurun yang berterusan. Indeks menemui sokongan sementara pada 5506.57 pada 13 Mac, di mana pemulihan singkat mendorong harga melepasi Purata Pergerakan Eksponen (EMA) tempoh 20, menunjukkan pengurangan tekanan jualan jangka pendek dan peningkatan ketidaktentuan pelabur.
Walau bagaimanapun, pemulihan tersebut gagal mendapat momentem berterusan, menandakan ketidakupayaan pembeli untuk mengekalkan daya tarikan menaik. Penurunan berikutnya menyebabkan indeks kekal didagangkan di bawah kedua-dua EMA tempoh 20 dan 50, memperkuatkan sentimen menurun yang dominan. Penembusan yang ketara pada paras 5506.57 berpotensi membuka ruang untuk penurunan selanjutnya.
Penunjuk momentum sejajar dengan latar belakang menurun ini. Pengayun Momentum kekal di bawah paras 100, menunjukkan kecenderungan penurunan yang berterusan, manakala Indeks Kekuatan Relatif (RSI) kekal di bawah paras neutral 50, mengesahkan momentum negatif yang masih berlanjutan.
Namun begitu, kewujudan perbezaan positif yang sedang berkembang antara Pengayun Momentum dan pergerakan harga mungkin wajar untuk diberikan perhatian. Walaupun trend keseluruhan kekal menurun, perbezaan ini menunjukkan potensi untuk pembetulan dalam jangka masa terdekat.
Sekiranya pembeli mengambil kawalan pasaran, pedagang boleh mengarahkan tumpuan mereka kepada empat paras rintangan yang berpotensi seperti berikut:
5711.77: Tahap rintangan awal ditetapkan pada 5711.77, yang mencerminkan rintangan mingguan, R1, dikira menggunakan metodologi Titik Pivot standard.
5788.72: Sasaran harga kedua ditetapkan pada 5788.72, mencerminkan puncak yang terbentuk pada 26 Mac.
5910.24: Objektif harga ketiga diperhatikan pada 5910.24, bersamaan dengan palung yang ditandakan pada 3 Februari.
6149.50: Sasaran kenaikan tambahan diunjurkan pada 6149.50, mencerminkan paras tinggi harian yang terbentuk pada 19 Februari.
Sekiranya penjual mengekalkan kawalan pasaran, pedagang boleh mempertimbangkan empat paras sokongan berpotensi yang disenaraikan di bawah:
5492.26: Tahap sokongan awal dilihat pada 5492.26, bersamaan dengan palung yang ditandakan pada 31 Mac.
5403.99: Tahap sokongan kedua dianggarkan pada 5403.99, mewakili sokongan mingguan, S2, dianggarkan menggunakan metodologi Titik Pivot standard.
5332.36: Tahap sokongan ketiga dikenal pasti pada 5332.36, mencerminkan Lanjutan Fibonacci 161.8% yang dilukis dari titik rendah, 5506.57, ke titik tinggi, 5788.72.
5250.09: Sasaran penurunan tambahan adalah 5250.09, mencerminkan sokongan mingguan, S3, dianggarkan menggunakan metodologi Titik Pivot standard.
Niaga hadapan saham AS merudum pada hari Rabu selepas Presiden Donald Trump mengumumkan tarif baru yang menyeluruh, mencetuskan kebimbangan perang perdagangan global. Dasar baru ini mengenakan tarif asas 10% ke atas semua negara bermula 5 April, dengan kadar yang jauh lebih tinggi untuk rakan dagangan utama seperti China (54%), Vietnam (46%), dan India (26%).
Pasaran telah menjangkakan pendekatan yang lebih perlahan dan seragam; sebaliknya, pengumuman tersebut mencetuskan penurunan mendadak merentasi saham multinasional, saham teknologi, dan syarikat barangan pengguna. Penganalisis memberi amaran bahawa langkah ini boleh mendorong S&P 500 lebih dalam ke kawasan pembetulan dan mencetuskan tekanan inflasi, dengan ketidaktentuan berkemungkinan berterusan seiring dengan tindak balas global dan kesan ekonomi berkembang.
Ketika pasaran menyerap campuran kejutan geopolitik dan data ekonomi kritikal yang tidak menentu, sentimen risiko kekal rapuh. Pengumuman tarif menyeluruh oleh Presiden Trump telah meningkatkan kebimbangan tentang perang perdagangan global, menambah tekanan menurun ke atas ekuiti dan menimbulkan kebimbangan terhadap inflasi dan pertumbuhan pendapatan. S&P 500 kekal terdedah dari segi teknikal, dengan pergerakan harga kekal dalam struktur menurun dan penunjuk momentum menunjukkan kelemahan berterusan. Dengan pelepasan ekonomi utama—termasuk data buruh AS dan catatan inflasi antarabangsa—yang akan menguji keyakinan pelabur selanjutnya, pedagang harus kekal berhati-hati. Walaupun lonjakan jangka pendek mungkin berlaku, trend yang lebih luas kekal di bawah tekanan di tengah-tengah cabaran berterusan yang didorong oleh faktor makro dan dasar.