Halaman / Blog / Kategori / Analisis Pasaran / Gambaran Keseluruhan Teknikal – Bitcoin Di Bawah Tekanan: Zon Sokongan Utama Dalam Pemerhatian
26 Jun 2024 | FXGT.com

Gambaran Keseluruhan Teknikal – Bitcoin Di Bawah Tekanan: Zon Sokongan Utama Dalam Pemerhatian

  • Tekanan Menurun: Bitcoin telah menghadapi tekanan jualan yang kuat baru-baru ini selepas gagal menembusi paras rintangan $72,000 pada awal Jun. Prestasi untuk sepanjang bulan itu menurun sebanyak 9%, dengan penurunan melebihi 5% minggu lalu, menandakan penurunan mingguan kedua berturut-turut. Penurunan ini bertepatan dengan pengumuman pentadbiran Mt. Gox mengenai pembayaran Bitcoin kepada pemiutang pada bulan Julai, yang mewujudkan sentimen menurun kerana jangkaan jualan secara besar-besaran.
  • Sentimen dan ETF: Indeks Ketakutan dan Ketamakan Kripto telah menurun kepada bacaan “Neutral” sebanyak 46, ini merupakan bacaan terendah dalam tempoh lapan bulan. Selain itu, dana Bitcoin telah menyaksikan aliran keluar yang besar sejak dua minggu lalu, jumlah aliran keluar tersebut adalah yang tertinggi sejak Bitcoin ETF diluluskan.
  • Penyatuan Sideways: Bitcoin masih terperangkap dalam julat sisi jangka sederhana kerana ia sedang menguji kecairan di kedua-dua sempadan julat ini, seolah-olah sedang bersiap sedia untuk langkah seterusnya. Penembusan di bawah $66,500 telah mengalihkan momentum ke arah penurunan, dengan tumpuan kini beralih pada tahap sokongan utama. Walaupun susut hampir 15% dalam tempoh dua minggu lalu, Bitcoin kekal dalam julat $60,000 hingga $70,000 yang telah didagangkan sejak Mac lalu.
  • Tahap Sokongan Utama: Pedagang memantau dengan teliti tahap sokongan psikologi pada $60,000, sempadan atas EMA 200 hari pada $59,000, dan tahap terendah 4 bulan pada $56,500, menunjukkan penurunan selanjutnya dan memulakan pembetulan jangka panjang dalam pasaran.
  • Tinjauan Pasaran: Walaupun momentum menurun, sokongan jangka panjang kekal utuh jika Bitcoin mendapat sokongan kukuh di sekitar zon $60,000-$58,000 dan menunjukkan tanda-tanda pembalikan. Walau bagaimanapun, penembusan selanjutnya di bawah $58,000 boleh mempercepatkan tekanan menurun, berpotensi membawa kepada penurunan di bawah $56,500, mencetuskan pembetulan jangka panjang. Pedagang menaik sedang memantau zon antara $60,000 dan $56,500 untuk sebarang tanda kenaikkan yang boleh menunjukkan pemulihan dalam julat terkini, dan penerusan corak sisi.

Carta Harian BTC

Bantu kami memperbaiki artikel ini.
Penafian: Sebarang bahan dan maklumat yang disertakan di sini adalah bertujuan untuk tujuan pemasaran umum sahaja dan tidak membentuk nasihat atau syor pelaburan mahupun jemputan untuk memperoleh sebarang instrumen kewangan dan/atau terlibat dalam sebarang urus niaga kewangan. Pelabur bertanggungjawab sepenuhnya terhadap risiko keputusan pelaburannya dan jika difikirkan sesuai, pelabur harus mendapatkan nasihat profesional bebas yang berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan. Analisis dan ulasan yang dibentangkan tidak termasuk sebarang pertimbangan tentang objektif pelaburan peribadi anda, keadaan kewangan atau keperluan. Sila baca Penafian Penyelidikan Pelaburan Bukan Bebas penuh di sini. Pendedahan Risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan membawa tahap risiko kehilangan wang yang tinggi. Baca Pendedahan Risiko penuh di sini .

Blog Search

Kategori

Blog Categories

Tag

Blog Tags

Register and Share Buttons MS

Daftar

Suka artikel terbaru kami?

Kongsikan dengan rakan dan pengikut anda!

Disalin ke papan keratan.
To top

Nota Penting!

Kami menggunakan kuki untuk memastikan anda mendapat pengalaman terbaik di laman web kami.

Dengan mengklik ‘Setuju,’ anda menerima penggunaan kuki oleh kami seperti yang digariskan dalam dasar kuki

Produk berleveraj mungkin tidak sesuai untuk semua dan boleh mengakibatkan kehilangan semua modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan sama ada dagangan sesuai untuk anda. Baca Pendedahan Risiko Penuh di sini.