Halaman / Blog / Kategori / Analisis Pasaran / Weekly Market Recap – Major Indexes Post Monthly Gains
3 Jun 2024 | FXGT.com

Weekly Market Recap – Major Indexes Post Monthly Gains

  • Indeks Utama Mencatat Keuntungan Bulanan Walaupun Mengalami Kerugian Mingguan: Indeks utama mengakhiri minggu ini dengan penurunan, namun berjaya mengakhiri bulan Mei dengan keuntungan yang kukuh. Sepanjang minggu tersebut, S&P 500 merosot sebanyak 0.35%, Nasdaq 100 jatuh 1.4%, dan Dow menurun sebanyak 0.8%. Walaupun inflasi AS berada dalam jangkaan, namun laporan pendapatan korporat yang mengecewakan memberi kesan negatif terhadap prestasi pasaran saham.
  • Indeks Dolar AS Kekal Stabil: Indeks Dolar AS kekal stabil sepanjang minggu ini, dengan peningkatan pada pertengahan minggu diimbangi oleh pembetulan selepas semakan anggaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama menunjukkan pengembangan sebanyak 1.3%, turun berbanding anggaran awal 1.6%. Penurunan ini menunjukkan tekanan daripada kadar faedah yang tinggi. Laporan Pendapatan dan Perbelanjaan Peribadi bulan April pula menunjukkan sikap berhati-hati pengguna, manakala data inflasi yang stabil menunjukkan pertumbuhan harga semakin perlahan.
  • Inflasi Zon Euro Meningkat: Inflasi di zon Euro meningkat kepada 2.6% pada bulan Mei daripada 2.4% pada bulan sebelumnya, manakala inflasi teras melonjak kepada 2.9%, didorong oleh peningkatan ketara dalam inflasi sektor perkhidmatan. Kadar pengangguran zon Euro pula mencecah paras terendah baharu iaitu 6.4%, yang menyokong kepada penggunaan tetapi turut meningkatkan tekanan inflasi. Walaupun jangkaan pengurangan kadar faedah dijangka akan berlaku pada minggu ini oleh ECB, mereka mungkin akan menunggu data yang lebih lanjut sebelum membuat komitmen terhadap sebarang pengurangan yang selanjutnya.
  • WTI Menurun: Harga minyak mentah meningkat pada hari Selasa berikutan laporan bahawa OPEC+ merancang untuk melanjutkan pengurangan output mereka. Walau bagaimanapun, kenaikkan ini terbatal pada hari Khamis, disebabkan oleh  semakan menurun dalam angka pertumbuhan AS yang menimbulkan kebimbangan mengenai permintaan. WTI jatuh ke paras $77.00 setong, menandakan penurunan bulanan buat bulan kedua berturut-turut.
Bantu kami memperbaiki artikel ini.
Penafian: Sebarang bahan dan maklumat yang disertakan di sini adalah bertujuan untuk tujuan pemasaran umum sahaja dan tidak membentuk nasihat atau syor pelaburan mahupun jemputan untuk memperoleh sebarang instrumen kewangan dan/atau terlibat dalam sebarang urus niaga kewangan. Pelabur bertanggungjawab sepenuhnya terhadap risiko keputusan pelaburannya dan jika difikirkan sesuai, pelabur harus mendapatkan nasihat profesional bebas yang berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan. Analisis dan ulasan yang dibentangkan tidak termasuk sebarang pertimbangan tentang objektif pelaburan peribadi anda, keadaan kewangan atau keperluan. Sila baca Penafian Penyelidikan Pelaburan Bukan Bebas penuh di sini. Pendedahan Risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan membawa tahap risiko kehilangan wang yang tinggi. Baca Pendedahan Risiko penuh di sini .

Blog Search

Kategori

Blog Categories

Tag

Blog Tags

Register and Share Buttons MS

Daftar

Suka artikel terbaru kami?

Kongsikan dengan rakan dan pengikut anda!

Disalin ke papan keratan.
To top

Nota Penting!

Kami menggunakan kuki untuk memastikan anda mendapat pengalaman terbaik di laman web kami.

Dengan mengklik ‘Setuju,’ anda menerima penggunaan kuki oleh kami seperti yang digariskan dalam dasar kuki kami, dan mengesahkan bahawa anda bukan pemastautin EU atau UK selaras dengan dasar kami untuk tidak menawarkan perkhidmatan kewangan kepada wilayah tersebut.

Produk berleveraj mungkin tidak sesuai untuk semua dan boleh mengakibatkan kehilangan semua modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan sama ada dagangan sesuai untuk anda. Baca Pendedahan Risiko Penuh di sini.