Nota Penting!
Kami menggunakan kuki untuk memastikan anda mendapat pengalaman terbaik di laman web kami.
Dengan mengklik ‘Setuju,’ anda menerima penggunaan kuki oleh kami seperti yang digariskan dalam dasar kuki
Pasaran dijangka lebih tidak menentu pada minggu ini dengan beberapa peristiwa ekonomi berimpak tinggi dijadualkan pada hari Khamis. Data utama yang akan dikeluarkan termasuk Perubahan Pekerjaan Australia, laporan KDNK bulanan UK, serta Indeks Harga Pengeluar (PPI) dan Jualan Runcit AS yang akan dikeluarakan kemudian hari. Petunjuk ini dijangka memberikan gambaran baharu tentang kesihatan ekonomi utama dan mempengaruhi jangkaan pasaran terhadap hala tuju dasar monetari bank pusat.
Sementara itu, emas terus menjadi tumpuan selepas meneruskan lonjakan rekodnya, didorong oleh risiko geopolitik berterusan, kejatuhan dolar AS, dan spekulasi terhadap kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan. Pedagang kini meneliti bagaimana data minggu ini akan membentuk sentimen risiko global serta menentukan sama ada momentum emas mampu dikekalkan atau berdepan dengan pembetulan jangka pendek.
Khamis 03:30 pagi (GMT+3) – Australia: Perubahan Pekerjaan (AUD)
Khamis 09:00 pagi (GMT+3) – UK: KDNK b/b (GBP)
Tentatif Khamis (GMT+3) – AS: PPI b/b (USD)
Tentatif Khamis – AS: Jualan Runcit b/b (USD)

Emas meneruskan kenaikan ke paras tertinggi baharu sebanyak $4,193.51 seauns troy pada 15 Oktober, disokong oleh faktor makroekonomi dan geopolitik. Kenaikan ini mencerminkan permintaan terhadap aset selamat yang lebih kukuh di tengah-tengah ketidaktentuan global, kebimbangan terhadap potensi penutupan kerajaan AS, serta jangkaan pasaran terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan.
Dari sudut teknikal, aliran menaik kekal kukuh dengan harga spot berada di atas Purata Pergerakan Eksponen (EMA) 50 tempoh. Penunjuk momentum terus menyokong sentimen belian: pengayun Momentum kekal di atas paras 100, manakala Indeks Kekuatan Relatif (RSI) melebihi 50, menandakan tekanan belian yang berterusan. Namun, beberapa pengayun utama pada carta harian, mingguan, dan bulanan kini berada dalam zon terlebih beli, menunjukkan potensi pembetulan jangka pendek.
Jika momentum belian kekal kukuh, pedagang mungkin menumpukan perhatian kepada empat paras rintangan berikut:
4,193.51: Rintangan awal ditetapkan pada $4,193.51, bersamaan dengan paras tertinggi harian yang dicapai pada 15 Oktober.
4,264.27: Sasaran harga kedua diunjurkan pada $4,264.27, sejajar dengan rintangan mingguan R3 yang dikira menggunakan metodologi Titik Pangsi (Pivot Points) standard.
4,442,34: Sasaran harga ketiga berada pada $4,442.34, bertepatan dengan rintangan bulanan R3 berdasarkan pengiraan Titik Pangsi standard.
4,500.00: Sasaran tambahan dilihat pada $4,500.00, yang bertindak sebagai paras psikologi utama bagi pasaran.
Jika tekanan jualan menguasai pasaran, pedagang boleh memberi tumpuan kepada empat paras sokongan berikut:
4,050.99: Sokongan awal dikenal pasti pada $4,050.99, bersamaan dengan paras tertinggi harian yang dicatat pada 8 Oktober.
3,944.44 Sokongan kedua terletak pada $3,944.44, mencerminkan paras terendah pada 9 Oktober.
3,790.99: Sokongan ketiga berada pada $3,790.99, sejajar dengan paras tertinggi harian pada 23 September.
3,674.39: Sasaran penurunan tambahan dicatat pada $3,674.39, yang bersamaan dengan paras tertinggi harian pada 9 September.
Emas melonjak lebih 50% dalam tempoh 10 bulan pertama pada tahun 2025, mencatat lebih 30 rekod baharu tahun ini meskipun permintaan dan penawaran kekal stabil. Penganalisis mengaitkan lonjakan ini dengan pembelian besar-besaran oleh bank pusat — melebihi 1,000 tan setahun sejak 2022 — di samping ketegangan geopolitik, dasar tarif AS, dan kelemahan dolar. Bank pusat, khususnya di India dan China, telah meningkatkan rizab dengan pesat, dan hampir semua institusi yang disoal selidik menjangkakan penambahan selanjutnya. Dengan dolar AS susut sebanyak 11% pada separuh pertama 2025, korelasi songsang emas terhadap mata wang tersebut serta pembelian berterusan oleh sektor rasmi menunjukkan momentum kenaikan boleh diteruskan, meskipun keuntungan masa depan bergantung pada perkembangan ekonomi dan geopolitik global.
Dalam pada itu, penasihat kewangan menasihatkan agar pelabur kekal berhati-hati, memandangkan pulangan jangka panjang emas lazimnya lebih rendah berbanding pasaran tradisional. Pakar menjelaskan daya tarikan emas terletak pada fungsinya sebagai lindung nilai terhadap penyusutan dolar dan instrumen pemelbagaian aset, walaupun prestasinya tidak sentiasa terpisah daripada pasaran saham. Penganalisis turut memberi amaran bahawa lonjakan melepasi paras $4,000 mungkin tidak berkekalan sekiranya permintaan berasaskan kebimbangan mula mereda. Pelabur boleh memilih emas fizikal, ETF, atau saham perlombongan, namun penasihat mengesyorkan agar pegangan emas hanya membentuk sebahagian kecil daripada portfolio yang seimbang.
Lonjakan rekod emas menegaskan kekuatan permintaan aset selamat dalam persekitaran global yang tidak menentu, namun langkah berhati-hati tetap perlu diambil menjelang penerbitan data ekonomi utama minggu ini. Walaupun pembelian agresif oleh bank pusat, kelemahan dolar AS, dan ketegangan geopolitik terus menyokong prospek kenaikan, penunjuk teknikal mencadangkan kemungkinan penyatuan jangka pendek. Pedagang wajar memantau data makroekonomi dan petunjuk dasar Rizab Persekutuan untuk menentukan sama ada emas mampu meneruskan kenaikan bersejarahnya ke paras baharu atau mengalami fasa pembetulan sebelum gelombang seterusnya.