Halaman / Blog / Kategori / Analisis Fundamental / Yen Jepun Kukuh Apabila Ahli Lembaga BoJ Memberi Isyarat Potensi Kenaikan Kadar Faedah
30 Mei 2024 | FXGT.com

Yen Jepun Kukuh Apabila Ahli Lembaga BoJ Memberi Isyarat Potensi Kenaikan Kadar Faedah

Yen Jepun Kukuh Selepas Kenyataan BoJ: Nilai Yen Jepun mengukuh selepas kenyataan daripada ahli lembaga Bank of Japan (BoJ), Seiji Adachi. Beliau menyatakan sokongan untuk menaikkan kadar faedah sekiranya Yen yang lemah menyebabkan peningkatan inflasi dan menekankan pengurangan pembelian bon secara berperingkat bagi membolehkan hasil bon jangka panjang mencerminkan isyarat pasaran dengan tepat.

Yen Jepun Mengukuh: Nilai Yen Jepun meningkat dengan pasangan mata wang USD/JPY jatuh di bawah paras ¥157 untuk setiap dolar. Yen pulih dari paras terendah selama empat minggu apabila penjualan secara besar-besaran dalam aset berisiko mendorong pembelian aset selamat. Yen juga mendapat sokongan daripada peningkatan hasil domestik, dengan hasil penanda aras kerjaan Jepun selama 10 tahun telah melonjak ke paras 1.1% minggu ini, iaitu yang tertinggi sejak Julai 2011.

Reaksi Dan Jangkaan Pasaran: Pedagang telah meningkatkan pertaruhan pada BoJ yang akan melaksanakan satu lagi kenaikan kadar faedah. Fokus kini tertumpu pada data inflasi Tokyo, yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat ini yang dianggap menjadi penunjuk utama trend harga oleh seluruh negara.

Tekanan Daripada Dolar Yang Kuat: Walaupun Yen menunjukkan kenaikan baru-baru ini, tetapi Yen masih berada di bawah tekanan daripada dolar yang kukuh dan hasil Perbendaharaan AS yang tinggi, dan  jangkaan yang semakin meningkat bahawa kadar faedah AS akan kekal meningkat untuk tempoh yang panjang.

Kenyataan Hawkish Fed AS Dan Kekuatan Dolar AS: Komen daripada Presiden Fed Minneapolis Neel Kashkari mengenai kemungkinan kenaikan kadar akan menimbulkan kebimbangan, sekali gus mengekalkan jurang hasil antara AS dan Jepun. Dolar AS semakin kukuh disebabkan peningkatan hasil bon Perbendaharaan AS, didorong oleh peningkatan sikap menghindarkan risiko menjelang pengumuman data KDNK AS pada hari ini dan data Indeks Harga Perbelanjaan Pengguna Peribadi PCE Teras akan dikeluarkan esok.

Jangkaan Kadar Faedah Fed: Jangkaan untuk pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan tahun ini telah berkurang akibat inflasi yang berterusan, terbukti dengan peningkatan sentimen pengguna baru-baru ini. Pedagang kini melihat kebarangkalian 50% penurunan sebanyak suku mata menjelang akhir mesyuarat September ini.

Bantu kami memperbaiki artikel ini.
Penafian: Sebarang bahan dan maklumat yang disertakan di sini adalah bertujuan untuk tujuan pemasaran umum sahaja dan tidak membentuk nasihat atau syor pelaburan mahupun jemputan untuk memperoleh sebarang instrumen kewangan dan/atau terlibat dalam sebarang urus niaga kewangan. Pelabur bertanggungjawab sepenuhnya terhadap risiko keputusan pelaburannya dan jika difikirkan sesuai, pelabur harus mendapatkan nasihat profesional bebas yang berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan. Analisis dan ulasan yang dibentangkan tidak termasuk sebarang pertimbangan tentang objektif pelaburan peribadi anda, keadaan kewangan atau keperluan. Sila baca Penafian Penyelidikan Pelaburan Bukan Bebas penuh di sini. Pendedahan Risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan membawa tahap risiko kehilangan wang yang tinggi. Baca Pendedahan Risiko penuh di sini .

Blog Search

Kategori

Blog Categories

Tag

Blog Tags

Register and Share Buttons MS

Daftar

Suka artikel terbaru kami?

Kongsikan dengan rakan dan pengikut anda!

Disalin ke papan keratan.
To top

Produk berleveraj mungkin tidak sesuai untuk semua dan boleh mengakibatkan kehilangan semua modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan sama ada dagangan sesuai untuk anda. Baca Pendedahan Risiko Penuh di sini.