Nota Penting!
Kami menggunakan kuki untuk memastikan anda mendapat pengalaman terbaik di laman web kami.
Dengan mengklik ‘Setuju,’ anda menerima penggunaan kuki oleh kami seperti yang digariskan dalam dasar kuki
Harga Minyak Kekal Stabil Selepas Pelanjutan Pengurangan Pengeluaran OPEC+: Harga minyak kekal stabil selepas OPEC+ mengumumkan keputusan untuk melanjutkan semua pengurangan pengeluaran ke tahun hadapan sambil memperincikan rancangan pengurangan secara berperingkat bagi beberapa pengurangan. Langkah ini bertujuan untuk menstabilkan pasaran untuk mengambil kira pertumbuhan permintaan, kadar faedah yang tinggi dan peningkatan pengeluaran di AS.
Pengurangan Semasa Dan Lanjutan: OPEC+ sedang mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 5.86 juta tong sehari (bpd), kira-kira 5.7% daripada permintaan global. Ini termasuk 3.66 juta bpd yang dilanjutkan sehingga akhir tahun 2025 dan 2.2 juta bpd oleh lapan ahli sehingga September 2024. Pengurangan sebanyak 2.2 juta bpd ini dijangka akan dihapuskan secara berperingkat mulai Oktober 2024 hingga September 2025.
Kuota Pengeluaran 2025: Kuota pengeluaran minyak bagi tahun 2025 sebahagian besarnya tidak berubah, kecuali bagi Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menerima peruntukan tambahan sebanyak 300,000 bpd. UAE akan meningkatkan pengeluarannya secara berperingkat dalam tempoh sembilan bulan pertama, pada tahun tersebut.
Kebimbangan Ekonomi: Harga minyak menghadapi tekanan akibat kebimbangan secara berterusan berhubung Rizab Persekutuan AS mungkin mengekalkan kadar faedah yang tinggi, ini berpotensi untuk melemahkan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan permintaan minyak. Walaupun tekanan harga berkurangan pada bulan April, Fed masih belum menunjukkan sebarang tanda untuk mengurangkan kadar faedah, menandakan tempoh yang lebih lama diperlukan untuk mencapai sasaran inflasi mereka. Kebimbangan berkaitan pertumbuhan permintaan yang perlahan di China dan peningkatan simpanan minyak di negara maju turut mempengaruhi harga minyak mentah.
Perkembangan Geopolitik: Kenaikan harga minyak turut terjejas oleh harapan untuk gencatan senjata di Gaza, berikutan pendedahan rancangan tiga fasa oleh AS minggu lalu. Pentadbiran Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah menerima cadangan Presiden AS Joe Biden untuk gencatan senjata di Gaza pada hari Ahad. Pelabur memantau ketegangan geopolitik ini dengan teliti, kerana risiko yang semakin meningkat berpotensi mendorong kenaikkan harga minyak mentah.
Data Terkini: Pasaran menjangkakan minggu ini sebagai minggu yang sibuk dengan pengumuman data ekonomi terkini. Perhatian utama ialah Laporan Pekerjaan AS yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat, di mana para pedagang akan meneliti data tersebut secara teliti untuk mendapatkan gambaran tentang keadaan sebenar ekonomi AS.