Halaman / Blog / Kategori / Analisis Pasaran / Gambaran keseluruhan teknikal – Bitcoin Semakin Kukuh Melebihi Paras Sokongan Utama, Menantikan Penembusan Di Atas Rintangan $71,000
28 Mei 2024 | FXGT.com

Gambaran keseluruhan teknikal – Bitcoin Semakin Kukuh Melebihi Paras Sokongan Utama, Menantikan Penembusan Di Atas Rintangan $71,000

  • Pergerakkan Harga Terkini: Bitcoin susut sebanyak 3.5% sepanjang minggu lalu, diniagakan dalam julat sisi antara $66,500 dan $71,000. Sebarang penurunan harga telah dibeli dengan cepat, dan pasaran telah menghormati saluran purata pergerakan utama 4 jam, mencadangkan penerusan sentimen keseluruhan masih menaik. Bitcoin meningkat lebih daripada 12% pada bulan Mei, menunjukkan prestasi kukuh setakat ini.
  • Tahap Sokongan Utama: Penembusan melebihi tahap pembalikan $65,000 dilihat sebagai isyarat kenaikkan harga yang kukuh, menghidupkan semula aliran menaik jangka panjang. Mengekalkan tahap utama ini sepanjang minggu lalu telah menambah satu lagi indikasi positif. Struktur pasaran kekal menaik, diniagakan melebihi purata pergerakan utama merentas pelbagai rangka masa. Tahap sokongan jangka pendek kini dikenal pasti pada paras terendah minggu lalu iaitu $66,500, yang telah berjaya menghalang penurunan selanjutnya dan menyokong momentum kenaikan harga yang diperbaharui.
  • Konsolidasi dan Rintangan: Bitcoin masih berdepan dengan tentangan psikologi antara $70,000 dan $71,000. Penembusan aras ini berpotensi melonjakkan momentum selanjutnya, dengan sasaran terdekat di paras tertinggi sepanjang masa iaitu $73,700, sekiranya gagal menembusi paras $71,000 dengan segera. Konsolidasi mendatar akan berlanjutan dalam julat harga minggu lepas.
  • Analisis Pasaran: Selagi Bitcoin kekal melebihi paras sokongan utama pada $65,000, pasaran dijangka akan meneruskan rentak kenaikannya, berpotensi mencabar dan mengatasi rekod tertinggi sepanjang masa iaitu $73,700. Konsolidasi mendatar melebihi paras ini dilihat sebagai pola kesinambungan, menunjukkan pasaran sedang mengumpul momentum untuk kenaikan seterusnya. Hanya penurunan di bawah $65,000 yang boleh mengubah sentimen bullish dan membawa kepada penilaian semula analisis pasaran.

Carta Harian BTC

Bantu kami memperbaiki artikel ini.
Penafian: Sebarang bahan dan maklumat yang disertakan di sini adalah bertujuan untuk tujuan pemasaran umum sahaja dan tidak membentuk nasihat atau syor pelaburan mahupun jemputan untuk memperoleh sebarang instrumen kewangan dan/atau terlibat dalam sebarang urus niaga kewangan. Pelabur bertanggungjawab sepenuhnya terhadap risiko keputusan pelaburannya dan jika difikirkan sesuai, pelabur harus mendapatkan nasihat profesional bebas yang berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan. Analisis dan ulasan yang dibentangkan tidak termasuk sebarang pertimbangan tentang objektif pelaburan peribadi anda, keadaan kewangan atau keperluan. Sila baca Penafian Penyelidikan Pelaburan Bukan Bebas penuh di sini. Pendedahan Risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan membawa tahap risiko kehilangan wang yang tinggi. Baca Pendedahan Risiko penuh di sini .

Blog Search

Kategori

Blog Categories

Tag

Blog Tags

Register and Share Buttons MS

Daftar

Suka artikel terbaru kami?

Kongsikan dengan rakan dan pengikut anda!

Disalin ke papan keratan.
To top

Produk berleveraj mungkin tidak sesuai untuk semua dan boleh mengakibatkan kehilangan semua modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan sama ada dagangan sesuai untuk anda. Baca Pendedahan Risiko Penuh di sini.