Halaman / Blog / Kategori / Analisis Pasaran / Tinjauan Teknikal – Bitcoin Mengakhiri Bulan Jun Dengan Penurunan Sebanyak 7%, Isyarat Pemulihan Muncul Melebihi $62K
2 Julai 2024 | FXGT.com
Tinjauan Teknikal – Bitcoin Mengakhiri Bulan Jun Dengan Penurunan Sebanyak 7%, Isyarat Pemulihan Muncul Melebihi $62K
Prestasi Bitcoin Pada Bulan Jun: Bitcoin mengakhiri bulan Jun dengan penurunan sebanyak 7%, menghadapi tekanan bearish dan menguji semula tahap $60,000. Namun, penutupan lilin bulanan melebihi $62,000 dianggap sebagai tanda bullish.
Bitcoin Yang Terlebih Jualan Pulih Kembali: Paras terendah pada bulan Jun, melebihi $58,500, menunjukkan isyarat terlebih jualan pada petunjuk RSI sebelum pulih melebihi $60,000. Kawasan ini, yang mewakili saluran purata bergerak eksponensial 200 hari, adalah penting untuk peluang pembelian jangka panjang. Tanda-tanda awal pemulihan dari kawasan ini menimbulkan optimisme untuk lonjakan selanjutnya dalam Bitcoin dan pasaran kripto keseluruhan.
Momentum Bullish: Penembusan terkini melebihi $62,000 dilihat sebagai perkembangan bullish, mengesahkan dasar jangka pendek melebihi $60,000 dan mengalihkan momentum kepada bullish. Harga Bitcoin kini berada di atas saluran purata bergerak penting pada kerangka masa 1 jam dan 4 jam, dengan pemulihan dipimpin oleh corak pembalikan bullish pada carta 4 jam.
Zon Rintangan Harian: Pasaran sedang bersedia untuk menguji rintangan saluran purata bergerak eksponensial 45 hari pada kerangka masa harian, di antara $64,000 dan $66,000. Kawasan ini telah menjadi zon rintangan yang konsisten dalam tempoh empat bulan terakhir, di mana penembusan terakhir di atasnya pada pertengahan bulan Mei menghasilkan kenaikan yang menguji tahap $72,000. Penembusan melalui zon rintangan utama ini boleh mengukuhkan dasar jangka pendek dan membawa kepada pemulihan lanjut dalam julat mendatar empat bulan terakhir.
Tahap Sokongan Utama: Walaupun mendapat keuntungan terkini, harga Bitcoin masih di bawah zon rintangan $64,000 hingga $66,000, mengekalkan trend harian keseluruhan di bawah tekanan bearish dari purata pergerakkan utama. Penutupan harian di bawah sokongan jangka pendek pada $62,000 akan mengalihkan momentum kembali kepada bearish, meningkatkan kemungkinan untuk menguji semula saluran purata bergerak 200 hari di antara $59,000 dan $57,000. Tahap sokongan utama yang mempertahankan trend naik jangka panjang terus dgariskan pada paras terendah Mei di atas $56,500.
Penafian: Sebarang bahan dan maklumat yang disertakan di sini adalah bertujuan untuk tujuan pemasaran umum sahaja dan tidak membentuk nasihat atau syor pelaburan mahupun jemputan untuk memperoleh sebarang instrumen kewangan dan/atau terlibat dalam sebarang urus niaga kewangan. Pelabur bertanggungjawab sepenuhnya terhadap risiko keputusan pelaburannya dan jika difikirkan sesuai, pelabur harus mendapatkan nasihat profesional bebas yang berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan. Analisis dan ulasan yang dibentangkan tidak termasuk sebarang pertimbangan tentang objektif pelaburan peribadi anda, keadaan kewangan atau keperluan. Sila baca Penafian Penyelidikan Pelaburan Bukan Bebas penuh di sini.
Pendedahan Risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan membawa tahap risiko kehilangan wang yang tinggi. Baca Pendedahan Risiko penuh di sini .
Kami menggunakan kuki untuk memastikan anda mendapat pengalaman terbaik di laman web kami.
Dengan mengklik ‘Setuju,’ anda menerima penggunaan kuki oleh kami seperti yang digariskan dalam dasar kuki kami, dan mengesahkan bahawa anda bukan pemastautin EU atau UK selaras dengan dasar kami untuk tidak menawarkan perkhidmatan kewangan kepada wilayah tersebut.
Produk berleveraj mungkin tidak sesuai untuk semua dan boleh mengakibatkan kehilangan semua modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan sama ada dagangan sesuai untuk anda. Baca Pendedahan Risiko Penuh di sini.