Nota Penting!
Kami menggunakan kuki untuk memastikan anda mendapat pengalaman terbaik di laman web kami.
Dengan mengklik ‘Setuju,’ anda menerima penggunaan kuki oleh kami seperti yang digariskan dalam dasar kuki
Harga minyak mentah WTI (USOIL) pada carta harian masih berada dalam struktur bearish walaupun sedang membuat lantunan daripada paras terendah terkini. Berdasarkan kiraan Elliott Wave, harga dijangka melengkapkan pembentukan pembetulan ABC sebelum meneruskan gelombang penurunan (v) ke arah zon sasaran Fibonacci 261.8.
Lantunan semasa dilihat sebagai pembetulan teknikal selagi harga gagal menembusi zon rintangan utama.

Selepas melengkapkan gelombang impulsif (iii), harga kini sedang membentuk gelombang pembetulan ABC.
Gelombang (a) menunjukkan pemulihan awal daripada tekanan jual yang kuat, diikuti jangkaan pembentukan gelombang (b) sebelum harga berpotensi menyempurnakan gelombang (c) berhampiran kawasan rintangan utama.
Sekiranya struktur ini lengkap, tekanan jual dijangka kembali mendominasi pasaran.
Kawasan swap zone yang bertindih dengan zon Fibonacci 261.8 kini menjadi rintangan paling penting.
Zon ini dijangka menjadi kawasan tumpuan penjual kerana:
Selagi harga kekal di bawah kawasan ini, struktur bearish masih dianggap sah.
Sekiranya pembetulan selesai di kawasan rintangan, gelombang (v) dijangka meneruskan penurunan ke arah Zone 261, yang menjadi sasaran akhir dalam kiraan Elliott Wave semasa. Penembusan di bawah paras terendah terkini akan mengukuhkan lagi momentum bearish dan meningkatkan kebarangkalian harga mencapai sasaran tersebut.
Histogram Awesome Oscillator (AO) menunjukkan momentum negatif semakin berkurangan selepas membentuk keadaan convergence.
Walaupun momentum jangka pendek semakin pulih, indikator masih belum mengesahkan bullish divergence. Ini memberi gambaran bahawa kenaikan semasa berkemungkinan hanya merupakan lantunan pembetulan dan bukannya permulaan trend menaik baharu.
WTI kini berada dalam fasa pembetulan selepas kejatuhan yang ketara. Selagi harga gagal menembusi swap zone dan zon rintangan Fibonacci, struktur bearish kekal dominan.
Pedagang perlu memerhatikan reaksi harga di kawasan rintangan kerana penolakan di zon tersebut boleh menjadi petunjuk awal bahawa gelombang (v) sedang bermula. Jika senario ini berlaku, sasaran seterusnya ialah kawasan Fibonacci 261.8, sejajar dengan unjuran Elliott Wave dan momentum semasa.