Halaman / Blog / Kategori / Analisis Pasaran / Kajian Pasaran Mingguan – Pemulihan Saham AS Didorong oleh Keuntungan Kukuh daripada Syarikat Teknologi.
29 April 2024 | FXGT.com

Kajian Pasaran Mingguan – Pemulihan Saham AS Didorong oleh Keuntungan Kukuh daripada Syarikat Teknologi.

  • Rally Pasaran Saham Dipacu oleh Teknologi: Saham AS mencatatkan kenaikan yang ketara minggu ini, menamatkan siri kerugian selama tiga minggu berturut-turut, terutamanya didorong oleh keuntungan kukuh daripada syarikat teknologi. Tesla, Microsoft, dan Alphabet semua melebihi jangkaan pasaran, melonjakkan keyakinan ke dalam sektor teknologi. Indeks Nasdaq 100 melonjak hampir 4%, S&P 500 naik sebanyak 2.70%, manakala Indeks Industri Dow Jones meningkat sebanyak 0.70%.
  • Pertumbuhan KDNK AS Perlahan: Pada suku pertama, ekonomi AS berkembang pada kadar paling perlahan dalam tempoh dua tahun, selari dengan trend kelembapan global dan menimbulkan kebimbangan stagflasi memandangkan data inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan. Walau bagaimanapun, Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen, memberikan optimisme, beliau menyatakan kemungkinan berlaku semakan ke atas angka pertumbuhan KDNK dan insflasi dijangka stabil pada paras yang lebih normal, walaupon berdepan dengan kekangan sementara
  • Yen Jatuh ke Paras Terendah Baru: Mata wang Yen Jepun telah jatuh ke paras terendah dalam beberapa dekad berbanding dengan dolar AS, susulan mesyuarat dasar monetari Bank Jepun baru-baru ini yang tidak memberikan sebarang isyarat jelas mengenai kenaikan kadar faedah. Selain itu, angka inflasi Tokyo berada di bawah jangkaan, sekali gus melonjakkan pasangan mata wang USDJPY sehingga mencecah paras ¥158.
  • Harga Minyak Pulih: Harga niaga hadapan minyak mentah mencatatkan peningkatan mingguan pertama selepas merosot selama tiga minggu berturut-turut, melonjak sebanyak 1.74%. Peningkatan harga ini didorong oleh ketegangan yang meningkat di Timur Tengah, terutamanya konflik Israel-Hamas, dan penurunan yang ketara dalam inventori minyak mentah AS, merosot kepada tahap terendah sejak Januari yang lalu.
Bantu kami memperbaiki artikel ini.
Penafian: Sebarang bahan dan maklumat yang disertakan di sini adalah bertujuan untuk tujuan pemasaran umum sahaja dan tidak membentuk nasihat atau syor pelaburan mahupun jemputan untuk memperoleh sebarang instrumen kewangan dan/atau terlibat dalam sebarang urus niaga kewangan. Pelabur bertanggungjawab sepenuhnya terhadap risiko keputusan pelaburannya dan jika difikirkan sesuai, pelabur harus mendapatkan nasihat profesional bebas yang berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan. Analisis dan ulasan yang dibentangkan tidak termasuk sebarang pertimbangan tentang objektif pelaburan peribadi anda, keadaan kewangan atau keperluan. Sila baca Penafian Penyelidikan Pelaburan Bukan Bebas penuh di sini. Pendedahan Risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan membawa tahap risiko kehilangan wang yang tinggi. Baca Pendedahan Risiko penuh di sini .

Blog Search

Kategori

Blog Categories

Tag

Blog Tags

Register and Share Buttons MS

Daftar

Suka artikel terbaru kami?

Kongsikan dengan rakan dan pengikut anda!

Disalin ke papan keratan.
To top

Produk berleveraj mungkin tidak sesuai untuk semua dan boleh mengakibatkan kehilangan semua modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan sama ada dagangan sesuai untuk anda. Baca Pendedahan Risiko Penuh di sini.